Monday, March 30, 2009

SaYu PiLu BeRsEmAnGaT JiTu...

Salam...

Huhu tak ade yang menarik sangat kebelakang nie, maklumlah dengan keadaan ekonomi yang kurang baik tapi still maintain la... Tak boleh tahan nie bab makanan kambing & pallet dedak tu jer! Untuk di jadikan cite rega palet tu ok la, kami mempunyai sekurang-kurangnye 8 ekar napier.. Sedihnya napier 4 ekar yang kami tanam tu terpaksa la kami korban/musnahkan atas arahan pejabat pertanian daerah di lot tanah agrotek yang kami tumpang dengan alasan tanaman untuk makanan sahaja!

Ape boleh buat walaupun 'Ternakan & Pertanian' dalam satu geng yang sama pun masih tak boleh nego, malas nak citer panjang & kami lupuskan... Brape modal? Hahaha kawan2 dah sedia maklum kos untuk 4 ekar napier tapi tak mematahkan semangat untuk tanam semula di tempat lain dengan keluasan 2 @ 3 ekar... Modal lagi tu!

Seronok punye cite, kami bersemagat dengan gabungan beberapa farm untuk menjadikan jaringan penternak bumiputera dalam satu kumpulan kecil dengan semagat jitu walaupun poket yang kempis... Bagi saya 'big farm sekarang tidak membantu sama sekali penternak kecil, hanya mereka tahu unsur keuntungan & kepentingan sendiri sahaja.. Entahla, tepuk dada tanya hati.. Kami mampu lakukan seperti mana 'big' farm lain lakukan & anda lihat la hasilnya nanti! Itulah wujudnya 'KAMBING MALAYA NETWORK' atas usaha keras saya, Bro Rie, Bro Suko, Bro Zizan, Bro Bad & lain2 lagi... InsyaAllah maju jaya di masa hadapan! Amen..







Napier baru nak naik selepas hujan..














Sebelah tu ade lagi tanaman semula.






Selamat berjumpa kembali..

'KAMBING MALAYA NETWORK UNTUK ANDA'

Admin BTAF

No comments: