Saturday, September 22, 2007

DI SINI AKU BERMULA - PERJALANAN HIDUP SEORANG PENGEMBALA

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,syukur kehadrat ilahi dgn limpahan rezeki dan kurniaanNYA,rancangan
aku utk menambah nilai dan "commercial"kan ternakan kambing hampir menjadi
kenyataan walaupun agak lama aku setup dan analisis projek nie.Kalau tidak
dgn adik aku, sahril, sape lagi,kan!.Tak lupa juga kepada bapak kesayangan
aku yg turut sama menyiapkan kandang baru utk menjayakan "projek kambing" ini.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan setinggi2 terima kasih kpd Bro Esis (Casserose), Bob (MyBob), Badrul (Fanagri) dan rakan2 yg lain kerana banyak memberi
tunjuk ajar, nasihat juga sokongan yg tidak berbelah bahagi utk aku menceburi bidang
penternakan kambing ini.

Diharapkan rakan "OTAI"/"SIFU" yg berpengalaman luas dlm bidang ini dpt memberi nasihat @ tips yg berguna sebagai dorongan dan sokongan kpd penternak kecil yg baru hendak bermula...

Buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan.
(macam aku nie ler)

Terima kasih semua!