Tuesday, December 9, 2008

Kejutan...???



Seisi penerangan & soal jawab bersama peserta

Selamat datang & ribuan terima kasih...

Farm kami menerima kunjungan mengejut satu rombongan 30 orang kakitangan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang industri kecil sederhana, pertanian & ternakan...

Ini adalah atas usaha daripada Pejabat Pertanian Daerah bagi memberi pendedahan kepada kakitangan kerajaan untuk menceburi bidang pertanian & ternakan selepas bersara nanti. Justeru, farm kami telah terpilih selepas lawatan ke beberapa industri kecil sederhana yang berdekatan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi serba sedikit tentang ternakan kambing ini.
Kami juga menerima beberapa maklum balas positif daripada ahli rombongan yang nampak berminat dalam penternakan kambing ini. Diharap suatu hari nanti akan muncul penternak baru daripada ahli rombongan ini... InsyaAllah

Pihak kami memohon kemaafan dengan keadaan sedia-ada tanpa persediaan menerima kunjungan yang tidak di sangka. Ape pun kami menerima dengan hati terbuka & mesra untuk bersama-sama berkongsi pendapat & pandangan dalam menjayakan program ini. Semoga hubungan baik diantara Pejabat Pertanian Daerah dengan pihak kami akan diteruskan di masa akan datang... Amin

Sekian Terima Kasih,

Admin BTAF

Monday, November 17, 2008

Damara utk jual









Salam para penternak kambing!!


Lagi tawaran hebat menjelang akhir tahun 2008 (4)..
Anda seorang peminat bebiri damara?
Cepat jangan tunggu lagi untuk dapatkan baka damara bersaiz besar nie!
Memandangkan penghabisan stok, segerakanlah langkah anda untuk memiliki baka ini dengan harga yang berpatutan...

Harga : RM800~850
Umur: 5~6 bln
Berat : >30kg

Mulakan langkah bijak anda dengan memilih kambing atau bebiri!!! hahahaha.

Mengenai harga, sila hubungi kami dengan no telifon yang tertera di info untuk dihubungi.


Kepuasan Anda Pilihan Kami,


Jumpa lagi di promosi gegar lepas nie..

Salam,


Admin BTAF


Jamna PE untuk jualan














Salam Para penternak Kambing!!!!

Kami sedia memberi tawaran hebat menjelang akhir tahun 2008 dengan bergaya sekali (3)..

Kenapa?
Sebab kami menyediakan tawaran bijak penghabisan stok dalam 1 jantan & 20 ekor induk besar jamna PE dan lain2 pada harga yang anda tidak percaya boleh murah begini. Tambahan pula kebanyakannya sudah bunting & ade pula yang sedang berasmara-dana lagi tu.. Jadi ape tunggu lagi untuk menambah koleksi jamna di kandang anda!!!! hahaha

Pssssstt... Kami tawarkan pada harga RM1,800~1,900/ekor dengan pembelian runcit!!!
Kini hanya pada harga RM1,500/ekor untuk jualan borong sahaja...

Tetapi dengan pembelian pukal semua nie elok jumpa di kandang & kami akan beri anda harga terbaik!!!!

Jumpa kembali di promosi gegar lepas nie!!

Salam

Admin BTAF




Monday, November 10, 2008

Tawaran Terbaik Lembu Korban...

Salam,


Bertemu semula untuk tawaran hebat Lembu Korban (2)...

Bagi anda yang memerlukan lembu untuk korban dengan keadaan harga pasaran yang sedang melambung menjelang Aidulladha, cepat membeli terus kepada kami sementara stok masih ada...


Kami menyediakan stok terkini lembu korban tahun ini dengan harga yang berpatutan berbanding harga pasaran:

1. 10 ekor lembu kampung >200kg dari RM2,300/ekor

2. 10 ekor lembu brahman >250kg dari RM2,700/ekor



Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lum sum.. Sapa cepat dia dapat!!!! Ape tunggu lagi... Sebarang pertanya boleh la tel @ sms untuk maklumat lanjut…

Jumpa kembali di promosi gegar akan datang!!

Salam
Admin BTAF

Sunday, November 2, 2008

Tawaran Promosi Akhir Tahun....



Salam Sejahtera…

Sekali lagi bertemu di tawaran hebat penghabisan stok kami (1)..

Sukacitanya kami menawarkan jualan runtuh akhir tahun dengan pakej yang paling menarik untuk anda yang masih berkira-kira untuk menambah ternakan & juga yang mahu memulakan ternakan kambing..

So, ape tunggu lagi dengan harga terendah ini membuatkan anda tersenyum!! Hehehehe… Harga yang kami tawarkan itu adalah yang terendah iaitu dari RM550~600/ekor. Di bawah adalah serba sedikit perincian pakej kambing yang kami tawarkan.

Pakej 1 (1 jantan & 10 betina) = RM5,800
Pakej 2 (10 betina) = RM5,300
Pakej 3 (5 betina) = RM2,750

::> Berat antara 25~35kg
::> Kacukan Jamnapari + Katjang + Boer


Nota : Pembelian kurang daripada10 ekor nie leh cite ya untuk harga terbaik sementara stok masih ade… hehehehe

Sebarang pertanya boleh la tel @ sms untuk maklumat lanjut…

Jumpa kembali di promosi gegar akan datang!!

Salam
Admin BTAF

Monday, October 6, 2008

Salam Aidilfitri.....

Assalaamu'alaikum dikesempatan ini kami menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf ..... Mulut kadang kala salah bercakap.... Hati kadang kala salah menduga..... Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....

Ikhlas Dari : - Kami Sekeluarga Di Bina Ternak Agri Farm

Tuesday, August 5, 2008

Kambing Kampung Untuk Aqiqah & Korban.



Salam semua...

Kini kami telah menyediakan sedikit kelainan. Berbanding kambing feral sebelum ini, kami juga menyediakan kambing kampung & kacukan bagi memenuhi permintaan bagi tujuan akikah korban. Bagi yang menginginkan kelainan, memilih kambing baka ini adalah pilihan yang tepat.


Maka kami mempersilakan anda untuk memilih kambing yang anda sukai di kandang kami...

Syabas & terima kasih kepada Hj Arriffin Mansor (Kambingmas/group) & isteri Puan Sabariah kerana sudi datang ke kandang kami. Ini merupakan pilihan yang bijak apabila memilih kambing kampung bagi tujuan akikah pada minggu lepas...

Cepat jangan tunggu lagi! Memandangkan stok terhad, kami ini adalah pembiakan baka tempatan yang jarang-jarang sekali ada dipasaran dengan harga yang berpatutan...


Mulakan langkah bijak anda dengan memilih kambing kampung atau kacukan!!! hahahaha. Mengenai harga, sila hubungi kami dengan no telifon yang tertera di sebelah ini.

Kepuasan Anda Pilihan Kami,

Monday, July 21, 2008

Tawaran Kambing Kampung & Kacukan-lah Pulak

Sekali lagi!!!

Bertemu tawaran hebat kami. Juga sempena Karnival Jualan Mega Ogos 2008.... Kini kami menawarkan juga Jualan borong kambing kampung & kambing kacukan.

Saudara yang berminat boleh dapati kambing ini di Banting atau di Pahang. Di Banting kami ada 30 ekor dengan perata berat 20kg-35kg. Kebanyakkanya telah bunting! Bagi pejantan, sedang lelah mengawan ketika ini. haha. Di Pahang juga kami ada dalam 33 ekor kambing jenis ini dalam purata berat yang sama. Juga kebanyakkannya bunting dan sedang bermesra untuk dapat anak yang banyak. Fuuyooooo....

Atau saudara mencari kambing untuk aqiqah? Juga kami tawarkan di sini...

Harga? Ohhh masih murah! Antara RM350 - RM550 (tidak termasuk harga kambing aqiqah/korban). Cuba saudara bayangkan, kambing kacukan dengan harga semurah ini.... sungguh berbaloi untuk menambah stok di kandang anda. Errrr... harga untuk pembelian borong kita cerita dikandanglah... Saya kira lebih mesra jika telah berjumpa..

Berminat???
Saudara boleh hubungi saya Zul 019-606 0420 dan Sahril 012-693 6971 untuk temujanji di Banting. Untuk temujanji di Pahang saudara boleh hubungi Ali 012-6928884.

Hayati & renungilah gambar-gambar ini. Bawalah ke dalam mimpi-mimpi kambing saudara......


Sunday, July 20, 2008

Tawaran Borong Jamnapari PE Kami (SOLD)

Salam, semua....

Sempena Karnival Jualan Mega 2008, kami di Banting ini pun juga ingin memeriahkan acara ini buat tahun ini. Julung-julung kalinya.

Bagi peminat-peminat kambing, penternak-penternak kambing dan tidak juga dilupakan pengembala kambing berjaya. Kami menawarkan harga yang sangat murah untuk 42 ekor kambing Jamnapari Peranakan Ettawah (PE).

Kambing-kambing ini kami jual secara borong 42 ekor = RM55 000(masih boleh dirunding). Terdapat 2 ekor pejantan, 25 ekor induk, 15 ekor anak.

Jangan bimbang, jika saudara tidak mahu membeli semua. Kami tawarkan minimum 20 ekor untuk setiap pembelian. Harganya kita runding di kandang! Stok ini hanya available dalam masa 2 minggu ini sahaja.

Jika tidak, ia bakal menjadi hidangan gulai kari. Yang mana kami akan menjual dengan berdasarkan rm23/kilogram berat hidup......

Hubungi kami sementara stok masih ada!!!


Wednesday, July 9, 2008

Update 29/06/2008

Salam Suma...

Lama x update blog nie & mungkin ramai yg tertanya mane pi tuan blog nie! Kami masih bertungkus-lumus untuk menyiapkan prasarana sebaik mungkin dari segi pemakanan, kandang, kesihatan, induk baru & terkini sumber makanan! Al-maklumlah dgn budget dari poket nie yg tak seberapa kene la guna dengan sebaik mungkin bagi yg perlu jer. Nasib baik la adik & ayah sama2 membantu untuk lihat perubahan pada projek nie..
Kalu la wat sambil lewa jer nanti x ade la improvement namenye...

Pada 28/06/2008 kami telah menerima beberapa penghuni baru sebanyak 25 ekor dari baka Boer F1/F2 & F3/F4 serta kacukan kampung bagi tujuan pembiakan! Jangan terkejut kalu kami katakan mendapat baka ini semua mcm durian runtuh tapi kene la rajin runner baru leh dapat harga serendah nie & kalu nak banding dgn import tu tak bleh tahan... Kami ambil keputusan untuk mencari 'local breed' dulu & kami telah berjaya...





Dalam pada kami sibuk pada hujung minggu tersebut, sempat la kami melawat ke kandang Tuan Hj Masiyon di Port Dickson... Sempat gak la sebat 2 ekor untuk di bawa pulang ke 'banglo' baru kat banting! Persekitaran memuaskan, kebersihan & kualiti baka yang ade di situ pun menggeramkan... Dapat juga kami berbincang serba sedikit tentang projek kambing untuk masa hadapan..




Perjalan minggu tersebut bukan setakat nie sahaja sbb kami juga sempat melawat ke kandang lembu (otai punya) berdekatan kandang kami untuk 'cuci mate' di Kg. Sg. Lang yang dianggarkan berkapasiti 200 ekor brahman + KK...





Selepas nie akan kami updatekan tentang silaj Batang jagung/napier & tawaran baka kampung kami... Insyaallah kami akan cuba menyediakan stok jualan baka kampung/kacukan bagi meraka yang berminat dengan harga yang 'paling patut'... Bagi pihak2 @ kawan2 yg berminat tu boleh la contact @ datang melawat ke farm kami untuk melihat sendiri (kami sedia menjual dgn budi bicara)...

Sekian

Tuesday, June 3, 2008

Plan Tanaman Rumput Napier & Bekalan Makanan...







Salam Semua...

Masalah sumber makanan ruminan? Itu la yang biasa di alami oleh para penternak kini.. Dengan makanan sedia-ada nie, nak x nak kene la pandai cari sumber makanan tambahan @ mencari ruang baru utk x putus bekalan.... Kalu x mmg jadi masalah tambahan pula dgn kos pallet yg melambung skang nie...

Alhamdulillah kini masalah stok makanan bagi kami akan dapat di atasi dari pelbagai sumber... Sabar bro Bad (Fanagri) kerna napier yg di tanam beliau dah hancus lebur! Jgn putus asa (bro bad) tanam lagi & kalu x cukup kang aku tlg skit2 la....

Berbalik pd plan asal kami yg sedang bersiap utk menanam napier secara besar-besaran di tanah yg telah diwartakan hanya utk pertanian (Makaceh rakan belia/peladang kampung bg ruang tanah)... Ia juga dikenali sbg Taman Kekal Untuk Makanan, Kg. Sg. Kelambu, kuala Langat, Selangor DE... Keluasan tu mmg luas sgt, khas untuk tanaman sayuran yang telah sekian lama di usahakan oleh penduduk kampung nie & satu2 nye yang masih mengekalkan tanah untuk pertanian... Cakap jer nak sayur ape suma ade!

So, mggu lps aku pi la round2 site tgk tapak, pemandangan menarik tepi hutan (sblh KLIA)& bekalan batang jagung di kebun En Ramdan... Terpikir jap, sayang kalu tanah seluas nie x di usahakan sebaiknya... Insyaallah kalu mampu & ade ruang memang aku usahakan 2~5 ekar khas untuk napier sahaja (ade lbh bleh la syer)... Batang jagung plak, ade la stok dr ahli peladang yg menawarkan juga (leh wat silaj tu)... Ape pun buat dulu keje nie pastu baru la tggu & lihat...

Lps nie plak, aku upload photo kemasukan induk baru!!!!!!

Monday, June 2, 2008

Kandang Baru (update)....




Salam sejahtera....
Alhamdulillah kini kambing2 yang selama nie duk kat kat kandang usang sudah pun berpindah ke kandang 'banglo' baru dgn keadaan selesa & luas.... Ada serba sedikit photo yang sempat aku update nie sbg tatapan rakan2!

Sejak pindah nie dah pandai plak nak minta main futsal, maklum la kambing x la bnyk tp kandang tu luas TAPI.... Insyaallah p'tgh bln june nie dah ade rakan/penginap baru di farm nie... Kalu x ade aral melintang, Boer F3/F4/F5 & jamna kacukan akan t'isi hingga penuh kot!!! Jualan??? MMG AKAN MELETUP DGN HARGA YG PALING B'PATUTAN... Tak percaya? Tu kene tggu @ nak tau lbh lanjut kene la pon bila2 masa.... Kalu nak dtg plak nie, skang msh dlm proses 2nd phase & keadaan ade la lintang-pukang skit! Ape pun call jer kalu nak dtg tgk farm yg x seberapa nie (hujung mggu jer)....

Saturday, May 10, 2008

Kandang baru...






Salam wat kengkawan! Maaf la sbb skang nie mmg sibuk menyiapkan keje2 akhir utk siapkan first phase nie (20x40) utk menampung bakal2 induk baru yg akan sampai x lame lagi nie.... Ape pun mmg kene la aku runner pi cari suplier yg bleh bagi harga murah & berkualiti (F4/F5) dgn teringin sgt aku nak simpan pejantan Kalahari nie sekor pun jadi la.... Insyaallah slps nie akan menyusul pula second phase (20x40 @ 20x60) bagi menggenapkan 20x100 yang aku jangkakan....
Biarla selama nie mereka kat luar tu ketawakan aku dgn bela 5 ekor & x tau samada aku leh jual nanti ker x (3 thn lps punye cite la nie), tapi skang nie alhamdulillah banyak pihak kat tmpt aku nie menyokong projek perintis belia nie.... Aku pun just nak cuba buktikan sesuatu dari belia utk mengubah taraf ekonomi setempat, baru la ade 2 @ 3 org dah mula berjinak2 mcm aku! Ape pun tahniah la utk suma yg percaya ia akan memberi pulangan yg setimpal/lumayan...
Kandang nie dah tinggal utk pasang bumbung kot sbb 'bos' & adik aku tu yg cuba siapkan mggu nie! hehehehe aku cengkelat la sbb pi kursus kat Al-Barakah/Agro Bank di Nilai, Negeri Sembilan....
Insyaalah niat aku termakbul utk ade 150 induk thn depan!!!! Bleh ker? BOLEH LA....

Tuesday, April 29, 2008

INFOMASI KAMBING BOER


BOER FULL BLOOD(FB)
Ini adalah generasi kambing boer yang dibawa daripada Afrika Selatan.Badan tegap, kaki tegap, kaki depan lebih panjang sedikit daripada kaki belakang, ekor melentik, warna kambing boer tulen keseluruhan kemerah-merahan @ hitam. Namun begitu, setelah dibuat pembacaan terperinci,FB juga terdapat dalam pelbagai warna & struktur fizikal.Agak sukar untuk menentukan kambing boer yang asal. Oleh itu, penternak dinasihatkan supaya mengenalpasti boer FB berdasarkan sijil kelahirannya. Sila lihat jenis-jenis boer FB di SINI dan SINI



FERAL
Kambing liar Australia.Petani di sana menangkapnya sekitar hutan & menjualnya ke seluruh dunia terutamanya Malaysia.Di Indonesia, mereka juga memanggil kambing ini sebagai kambing Kachang kerana ia telah lama dibawa masuk ke Indonesia & bercampur-gaul dengan kambing tempatan.Namun,kambing ini di Indonesia tidak berbulu lebat membezakannya dengan Feral Australia.


BOER F1
Boer FB jantan yang dikacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih menghasilkan boer F1. Berwarna putih keseluruhan & bentuk badan masih bercirikan feral.


BOER F2
Boer FB dikacukkan dengan boer F1 menghasilkan boer F2.Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya.Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.


BOER F3
Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2.Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan.Bentuk badan menyerupai kambing boer FB.Kualitinya
sangat baik & banyak dibawa masuk ke Malaysia.


BOER F4
Begitu juga boer F4.Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3.Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3.Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan & kehitam-hitaman, bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.


BOER PUREBRED
Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen boer yang kuat.Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebred hampir sama dengan boer FB.Cuma terdapat tompok-tompok putih @ tompok-tompok coklat dibadannya.Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan.Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka(pejantan)


Bukan hanya sijil kelahiran boer yang menjadi pengesahan & bukti ketulenan boer tetapi ilmu juga penting supaya kita tidak tertipu, jadi berhati-hati dalam memilih yang berkualiti.Ini hanya kajian daripada pembacaan & pengetahuan yang saya terima daripada para penternak yang saya jumpa.Sila beri nasihat @ pembetulan jika terdapat kesilapan.Untuk maklumat tambahan sila klik di sini.

Guide to cross bred percentages.
What does F1, F2 etc mean?

F1 = ½ or 50% (50% Boer genetics and 50% *Rangeland)
F2 = ¾ or 75%
F3 = 7/8 or 87.5%
F4 = 15/16 or 93.75%
F5 = 31/32 or 96.88%
F6 = 63/64 or 98.84%
F7 = 127/128 or 99.22%
F8 = 255/256 or 99.61%
F9 = 511/512 or 99.80%
F10 = 1023/1024 or 99.90%
F11 = 2047/2048 or 99.95%

So, skang nie persoalannye...
Berapakah penternak yg mampu membeli baka2 ini sedangkan semakin hari semakin melambung harga baka nie? walaupun penternak nie penuh dgn ilmu & pengalaman tetapi dengan kuasa membeli yang ade kat luar tu merubah segalanya? pikirkan...
Adakah penternak moden nie hanya kerana suka2 @ koleksi @ pun memang kerana minat?
Banyak orang lama yang aku jumpa cakap macam tu, walaupun dengan cara tradisional tetapi tetap bertahan... Nak macam mane lagi kan.... Kene lak skang nie harga pallet pun macam nak semelih penternak! zassss betul la... Banyak lagi masalah yang belum terungkai....

Monday, April 21, 2008