Tuesday, December 9, 2008

Kejutan...???



Seisi penerangan & soal jawab bersama peserta

Selamat datang & ribuan terima kasih...

Farm kami menerima kunjungan mengejut satu rombongan 30 orang kakitangan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang industri kecil sederhana, pertanian & ternakan...

Ini adalah atas usaha daripada Pejabat Pertanian Daerah bagi memberi pendedahan kepada kakitangan kerajaan untuk menceburi bidang pertanian & ternakan selepas bersara nanti. Justeru, farm kami telah terpilih selepas lawatan ke beberapa industri kecil sederhana yang berdekatan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi serba sedikit tentang ternakan kambing ini.
Kami juga menerima beberapa maklum balas positif daripada ahli rombongan yang nampak berminat dalam penternakan kambing ini. Diharap suatu hari nanti akan muncul penternak baru daripada ahli rombongan ini... InsyaAllah

Pihak kami memohon kemaafan dengan keadaan sedia-ada tanpa persediaan menerima kunjungan yang tidak di sangka. Ape pun kami menerima dengan hati terbuka & mesra untuk bersama-sama berkongsi pendapat & pandangan dalam menjayakan program ini. Semoga hubungan baik diantara Pejabat Pertanian Daerah dengan pihak kami akan diteruskan di masa akan datang... Amin

Sekian Terima Kasih,

Admin BTAF