Saturday, January 2, 2010

Tawaran Jualan Baka Kambing Mampu Ternak


Salam,

Alhamdulillah raya korban sudah berlalu, permintaan kambing sembelihan memang menggalakkan bagi kawasan sekitar.. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada para pembeli, pemborong & orang-perseorangan yang berurusan dengan kami.. Kami cuba memberi perkhidmatan yg terbaik untuk pelanggan kami.. Insyaallah

Sukacitanya kami berusaha menjadi perintis bagi pembekalan baka kambing 'mampu beli' bagi para penternak yang baru menceburi ternakan kambing mahupun yang sudah lama dalam bidang nie..

Kami membuka tawaran 'LETUP' akhir tahun dengan pakej yang paling menarik tapi terhad! hahaha

1) 2 induk F1/F2 & 8 induk F3/F4 (25~40kg) hanya RM6700.

2) 5 induk Jamna cross (35~40kg) hanya RM2750.

3) 1 pejantan Jamna (60kg) & 5 induk (40kg) & 5 anak (2~6 bln).

Kami buka tawaran ini sempena promosi hujung tahun & harga nego dengan kami di kandang!
Hubungi kami untuk keterangan lanjut..

Sekian terima kasih,

Admin BTAF

Wednesday, September 2, 2009

Pembekalan 200~300 Ekor Induk/Dara Boer Kepada KMN


Salam tuan/puan,

Kami dari Kambing Malaya Network ingin menjemput tuan/puan memberikan quotation/maklumat bagi pembekalan seperti tajuk di atas. Atas permintaan yang tinggi & faktor kekurangan bekalan baka tempatan maka kami melanjutkan tempoh tawaran. Perincian tentang pembekalan ini adalah seperti berikut:-

1. Kambing Boer
2. Induk yang berumur 8-12bulan
3. Berat 25~30kg
4. Brown head (F3/F4/F5)
5. Sihat tubuh badan
6. Origin kambing tersebut (tempatan atau Ausie)
7. Kuantiti yang mampu di tawarkan (seberapa banyak yang boleh)
8. Harga boleh dirunding (harga yang terbaik untuk anda)

Tarikh tutup penghantaran quotation adalah pada 31hb Oktober 2009.

Quotation hanya perlu di email ke kambingmalaya[at]yahoo[dot]com @ pon kami Rie 0192672529, Zul 0193232529 & Bad 0133992350.

Sekian terima kasih,
Admin@kambingmalaya.com

'Bergabung memasarkan baka tempatan adalah objektif kami'

Tuesday, August 11, 2009

Susu Kambing Segar..

Salam,

Kami meluaskan lagi pasaran kambing bukan sahaja kambing semata-mata tetapi juga dengan produk susu kambing segar.. Ini adalah atas permintaan susu kambing yang semakin menggalakkan dipasaran! Kini kami sedia membekalkan keperluan susu segar yang sudah di proses kepada anda bagi sekitar Lembah Klang, Putrajaya, Sepang & kawasan sekitar dengan harga yang berpatutan..

Hanya RM6/250ml sebotol anda boleh menikmati kelazatan susu kambing yang sudah di proses tanpa ragu-ragu (Kambing Saanen sahaja).. Jangan lepaskan peluang anda untuk membeli & merasainya! Menjadi agen pemasaran susu kambing segar amatlah kami alu-alukan..

Hubungi kami yang tertera di bawah untuk keterangan lanjut!

Sekian,

012-6936971 Aril
019-6060420 Zul

Monday, July 20, 2009

Kambing Oh Kambing...

Salam sejahtera..

Alhamdulillah..

Hahaha tuannya ade tapi sibuk jer.. Dalam senyap2 kami nie sebenarnya pun sibuk gak samipai x sempat nak update blog nie.. Kene la update skit2 takut org pikir kita nie macam dah tutup plak walau pun saya kini banyak beralih arah ke blog KMN tetapi blog ini sebenarnya titik-tolak bermulanya saya dalam industri nie hingga adanya KMN (and the geng)..

Tak banyak yang nak di perkatakan just ade skit2 aktiviti biasa kami (BTAF/KMN):

1) Membekalkan baka boer F1~F4 50 ekor ker Universiti Malaya pada 01 julai 2009 melalui stok transit kami di Al-Falah..

2) Aktiviti & permintaan akikah berjalan seperti biasa & banyak tempahan.. Alhamdulillah pakej menarik perhatian ramai..

3) Penanaman semula napier 1 1/2 ekar.. Makaceh kawanku En. Ramdan (my best fren bnyk bg btg jagung)..

4) Hahaha best kambing banyak dah beranak/bunting (boer, jamna, kmpg, barbados & saanen)..

5) Permintaan shipment terkini pun memberangsangkan (KMN) & ade offer2 akan datang tu yang macam x masuk akal (hehehe tunggu!!!)...

6) Semakin ramai kenalan/network untuk biz & share something.. Makaceh kepada buyer2 & rakan2 yang sudi berurusan dengan kami..

7) Rancak melakukan inventori boer dara tempatan... Kami mahu anda bersama2 kami menyediakan stok untuk 'tender' nie & insyaallah akan berterusan..

8) Hahaha nie yang pening! Minta kawan suma sama2 bantu membekalkan napier @ silaj dengan kuantiti yang besar 5 tan/day selama 2 @ 3 bulan..

9) Promosi/pameran KMN di Universiti Kebangsaan Malaysia (insyaallah jadi tu dalam bulan ogos nanti)..

10) Fuhh banyak lagi yang akan saya & KMN 'and the geng' akan berkongsi2 dengan anda semua nanti..

11) PROMOSI: Kami ade stok boer dara F1/F2, dara saanen cross, dara saanen unreg & kacukan nak jual murah jer... Leh nego! hehehe

Hahaha saya dah tak ade ayat nak taip just ape yang terpikir tp tu la rutin kami untuk sama2 membangun dalam industri ini.. Dalam kesibukan dengan kerja tu akan cuba untuk update yang termampu jer lorrr...

Ape pun berhubunglah dengan kami kiranya ade pandangan @ nak share ape2 dengan kami!

Jumpa lagi,
Zul BTAF/KMN

Monday, May 25, 2009

Pakej Boer Harga Terendah..


Salam sejahtera...

Seperti mana tawaran boer kami yang lalu, tidak lengkap kiranya kami tidak sertakan pakej boer terkini! Jadi kami 'jual' pada harga yang amat sangat wajar untuk anda miliki..

Kami akan 'offer gila' pakej boer pada anda harga yang paling menarik bagi peminat boer aussie yang telah stabil di kandang kami..

Opssssss datang tu 'bawa' duit deposit & kalu berkenan tu sebat jer (pasti murah, nyesal x amik woooo mana mau dapat murah!!!).. Janji kami akan beri anda baka yang terbaik, terberat & insyaallah termurah (tak suka tolak tepi jer)!

1)

Pakej boer bagi F1/F2 25kg hanya RM550/ekor dengan belian 10 ekor sahaja & hanya RM530/ekor dengan belian 20 ekor sahaja..
2)
Pakej boer bagi F3/F4 25kg hanya RM720/ekor dengan belian 10 ekor sahaja & hanya RM700/ekor dengan belian 20 ekor sahaja..
3)
Pakej boer induk F1~F4 purata 40kg hanya RM780/ekor dengan belian 5 ekor sahaja & hanya RM750/ekor dengan belian 10 ekor sahaja..
Jadi apa perlu tunggu? Ohooooooo mai datang pilih kambing & nego ler dengan kami nanti!!!! Passssssssssstiiiiiiii Muuuuuuuuuraaaaaaaaahhh...

Nota: Harga ini sah laku sehingga 30/06/2009!

Belian pukal & tempahan amat kami alu-alukan... Janji kami, Beri Kepuasan Yang Paling Maksimum Buat Anda.. Yang Murah Memang Pasti Murah! Insyaallah Amen..

Sekian,
Admin BTAF

Sunday, May 17, 2009

Jualan Mega Gila...

Salam Sejahtera

Kami dengan sukacitanya menawarkan baka boer Australia murah gila dari harga di pasaran... Anda jangan khuatir kerana baka boer yang kami bawa masuk ini telah di stabilkan di kandang selama hampir 2 bulan & sedia dibiak baka dikandang anda! So, ape tunggu lagi sementara stok yang banyak akan kami sediakan untuk anda nego dgn kami & paling utama sapa cepat tu dia dapat serta anda berhak memilih mana yang anda suka (besar ka gemuk ka cantik ka janji puas hati lorrr)... Belian pukal tu kami memang alu-alukan !


Harga?
Bukan niat kami nak 'kill market rakan importer' tapi MEMANG kami bawa stok yang banyak sehingga ?00 yang sedia dijual dengan harga yang paling berpatutan sangat dengan matawang yang sedang meningkat naik (kenapa perlu beli mahal? kenapa x pilih yang murah?).. Dengan kerjasama rakan network kami, maka pada minggu lepas kami telah memindahkan sedikit ke kandang transit di Al-Falah (Jalan Kebun) untuk tatapan, tempahan & jualan kami.. Seperti biasa kami ade sediakan boer F1/F2 & F3/F4 yang sihat2 belaka dengan pelbagai gred.. PERCAYALAH memang murah gila..

Gambar sehari selepas penghantaran (rakus makan, sedap makan la tu)
F1/F2 berat purata 25kg hanya rm600/ekor
&
F3/F4 berat purata 25kg hanya rm780/ekor
Hahaha makan jangan berebut (mai beratur la)
F1 to F4 berat purata 35~40kg hanya rm850~900/ekor

Seperti biasa bagi yang memerlukan baka boer tempatan tu, stok masih ade untuk anda... Jangan segan nak bertanya walau hanya sms.. Hubungi kami segera bagi yang berminat dengan harga murah gila!

Sekian,

Tuesday, May 5, 2009

Tawaran Paling Murah Induk Estawa & Jamnapari

Induk Estawa+anak seekor & Induk Jamna+anak seekor


Induk Jamnapari+2 ekor anak

Induk Jamnapari Bunting
RM3,800 Sahaja sehingga tarikh 15/05/2009

Murah, berkualiti & puashati.. Hanya RM4,200.00 Masih boleh nego jika berminat..
Mengapa saya katakan murah?

Bayangkan induk estawa (susu) + seekor anak pada harga pasaran boleh mencecah RM2000 atau lebih!!

Malah,


Kami tawarkan lagi kepada anda 2 induk jamnapari + 3 ekor anak.

Bukan itu sahaja,


Sebab kami tambah lagi seekor jamnapari yang sedang bunting!!!

Tak perlu fikir panjang! Tidak perlu direnung lagi tawaran kami ini. Cepat! Sebelum orang lain sebat..... Hehehe
Kalau nak pukal, stok induk kami yang lain menanti anda & tersedia di kandang kami! Jom pilih... Hehehehe
Call saya Zul 019-6060 420

Tuesday, April 21, 2009

KAMI MAHU PENUBUHAN PPKM UNTUK SEMUA..



Jangan ditanya;
Apa yang persatuan akan sumbangkan kepada kita.
Tanyalah diri sendiri;
Apakah yang kita boleh sumbangkan kepada persatuan (semua orang).
Inilah iltizam yang kami pegang untuk merialisasikan Persatuan Penternak kambing Malaysia (PPKM). Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan, kami tetap teruskan aspirasi semua penternak kambing Malaysia. Kini, jawatankuasa penaja telah dibentuk (sila rujuk), dan PPKM akan bergerak terus mematahkan segala halangan.Saya berharap saudara semua optimis dengan gagasan ini. Kini, kami telah menerima hampir 1000 penyertaan dari seluruh pelusuk negara. Suara kita kuat, dengan ahli yang seramai ini. Pasti!!
Dialog suci seorang sahabat:-
"Oiiitt bro, orang tanam lengkuas pun ada persatuan kebangsaan tau...! apasal orang ternak kambing, persatuan kecik-kecik. Tuuu... Dasar Kambing Negara sapa nak junjung!!!"
Nordin & Prof yang gigih merialisasi PPKM walaupun menerima pelbagai kritikan.
Orang-orang kuat dibelakang penubuhan PPKM dengan wawasan yang sama. Jawatankuasa Penaja sudah dibentuk, mari kita sama-sama bekerjasama agar para penternak tidak terpinggir kemudian hari nanti terutamanya penternak kecil macam saya.
Oleh yang demikian, saya terpanggil untuk bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain mahu melihat PPKM ini wujud tanpa perlu dilengah-lengahkan lagi..
"Untuk menggerakkan sebuah kapal yang besar bersama armadanya, perlukan bot penunda kuat yang kecil peringkat awalnya.."

Monday, March 30, 2009

SaYu PiLu BeRsEmAnGaT JiTu...

Salam...

Huhu tak ade yang menarik sangat kebelakang nie, maklumlah dengan keadaan ekonomi yang kurang baik tapi still maintain la... Tak boleh tahan nie bab makanan kambing & pallet dedak tu jer! Untuk di jadikan cite rega palet tu ok la, kami mempunyai sekurang-kurangnye 8 ekar napier.. Sedihnya napier 4 ekar yang kami tanam tu terpaksa la kami korban/musnahkan atas arahan pejabat pertanian daerah di lot tanah agrotek yang kami tumpang dengan alasan tanaman untuk makanan sahaja!

Ape boleh buat walaupun 'Ternakan & Pertanian' dalam satu geng yang sama pun masih tak boleh nego, malas nak citer panjang & kami lupuskan... Brape modal? Hahaha kawan2 dah sedia maklum kos untuk 4 ekar napier tapi tak mematahkan semangat untuk tanam semula di tempat lain dengan keluasan 2 @ 3 ekar... Modal lagi tu!

Seronok punye cite, kami bersemagat dengan gabungan beberapa farm untuk menjadikan jaringan penternak bumiputera dalam satu kumpulan kecil dengan semagat jitu walaupun poket yang kempis... Bagi saya 'big farm sekarang tidak membantu sama sekali penternak kecil, hanya mereka tahu unsur keuntungan & kepentingan sendiri sahaja.. Entahla, tepuk dada tanya hati.. Kami mampu lakukan seperti mana 'big' farm lain lakukan & anda lihat la hasilnya nanti! Itulah wujudnya 'KAMBING MALAYA NETWORK' atas usaha keras saya, Bro Rie, Bro Suko, Bro Zizan, Bro Bad & lain2 lagi... InsyaAllah maju jaya di masa hadapan! Amen..







Napier baru nak naik selepas hujan..














Sebelah tu ade lagi tanaman semula.






Selamat berjumpa kembali..

'KAMBING MALAYA NETWORK UNTUK ANDA'

Admin BTAF

Tuesday, March 17, 2009

Usahawan Ternakan Bumiputera (Shipment Boer Weather)





Kami datang bertiga den, rie & bad...
Insyaallah kami akan sukses!!!















Kerja2 loading kambing dari crake ke 2 buah lori yang kami bawa...











Nie just wayang jer amik gambor tp tengok jer tolong pun tak.. hehehe








Salam sejahtera..

Alhamdulillah kambing boer weather kami 1 crake (80~100 ekor) telah tiba dengan selamatnya pada 10/03/2009 pukul 5 petang... Perghhh penat tunggu & loading hingga pukul 8:30 mlm!

Pukul 12 mlm siap juga la di hantar ke 3 buah farm transit kami... Jadi, jgn segan silu kalu anda berminat membeli dimana yang anda suka & pilih la yg besar @ terbaik bagi memenuhi kepuasan anda...

Ape lagi mai la cepat pilih sementara stok masih ade! Kami ingin menawarkan kepada anda stok boer waether ini pada harga RM500~520/ekor (belian 5 ekor).. Berat anggaran sekitar >35~50kg ex-farm…

Bagi yang menginginkan kakas boer disini kami tawarkan harga serendah RM30~32/kg sahaja (belian 5 kakas)… Buat pengetahuan anda, harga pasaran adalah antara RM38~RM45/kg…

Belian borong tu nego je la nanti.. Hehehehe

Salam,
Rie (019 2672529), Zul (019 6060420) & Aril (012 6936971)