Monday, July 21, 2008

Tawaran Kambing Kampung & Kacukan-lah Pulak

Sekali lagi!!!

Bertemu tawaran hebat kami. Juga sempena Karnival Jualan Mega Ogos 2008.... Kini kami menawarkan juga Jualan borong kambing kampung & kambing kacukan.

Saudara yang berminat boleh dapati kambing ini di Banting atau di Pahang. Di Banting kami ada 30 ekor dengan perata berat 20kg-35kg. Kebanyakkanya telah bunting! Bagi pejantan, sedang lelah mengawan ketika ini. haha. Di Pahang juga kami ada dalam 33 ekor kambing jenis ini dalam purata berat yang sama. Juga kebanyakkannya bunting dan sedang bermesra untuk dapat anak yang banyak. Fuuyooooo....

Atau saudara mencari kambing untuk aqiqah? Juga kami tawarkan di sini...

Harga? Ohhh masih murah! Antara RM350 - RM550 (tidak termasuk harga kambing aqiqah/korban). Cuba saudara bayangkan, kambing kacukan dengan harga semurah ini.... sungguh berbaloi untuk menambah stok di kandang anda. Errrr... harga untuk pembelian borong kita cerita dikandanglah... Saya kira lebih mesra jika telah berjumpa..

Berminat???
Saudara boleh hubungi saya Zul 019-606 0420 dan Sahril 012-693 6971 untuk temujanji di Banting. Untuk temujanji di Pahang saudara boleh hubungi Ali 012-6928884.

Hayati & renungilah gambar-gambar ini. Bawalah ke dalam mimpi-mimpi kambing saudara......


Sunday, July 20, 2008

Tawaran Borong Jamnapari PE Kami (SOLD)

Salam, semua....

Sempena Karnival Jualan Mega 2008, kami di Banting ini pun juga ingin memeriahkan acara ini buat tahun ini. Julung-julung kalinya.

Bagi peminat-peminat kambing, penternak-penternak kambing dan tidak juga dilupakan pengembala kambing berjaya. Kami menawarkan harga yang sangat murah untuk 42 ekor kambing Jamnapari Peranakan Ettawah (PE).

Kambing-kambing ini kami jual secara borong 42 ekor = RM55 000(masih boleh dirunding). Terdapat 2 ekor pejantan, 25 ekor induk, 15 ekor anak.

Jangan bimbang, jika saudara tidak mahu membeli semua. Kami tawarkan minimum 20 ekor untuk setiap pembelian. Harganya kita runding di kandang! Stok ini hanya available dalam masa 2 minggu ini sahaja.

Jika tidak, ia bakal menjadi hidangan gulai kari. Yang mana kami akan menjual dengan berdasarkan rm23/kilogram berat hidup......

Hubungi kami sementara stok masih ada!!!


Wednesday, July 9, 2008

Update 29/06/2008

Salam Suma...

Lama x update blog nie & mungkin ramai yg tertanya mane pi tuan blog nie! Kami masih bertungkus-lumus untuk menyiapkan prasarana sebaik mungkin dari segi pemakanan, kandang, kesihatan, induk baru & terkini sumber makanan! Al-maklumlah dgn budget dari poket nie yg tak seberapa kene la guna dengan sebaik mungkin bagi yg perlu jer. Nasib baik la adik & ayah sama2 membantu untuk lihat perubahan pada projek nie..
Kalu la wat sambil lewa jer nanti x ade la improvement namenye...

Pada 28/06/2008 kami telah menerima beberapa penghuni baru sebanyak 25 ekor dari baka Boer F1/F2 & F3/F4 serta kacukan kampung bagi tujuan pembiakan! Jangan terkejut kalu kami katakan mendapat baka ini semua mcm durian runtuh tapi kene la rajin runner baru leh dapat harga serendah nie & kalu nak banding dgn import tu tak bleh tahan... Kami ambil keputusan untuk mencari 'local breed' dulu & kami telah berjaya...





Dalam pada kami sibuk pada hujung minggu tersebut, sempat la kami melawat ke kandang Tuan Hj Masiyon di Port Dickson... Sempat gak la sebat 2 ekor untuk di bawa pulang ke 'banglo' baru kat banting! Persekitaran memuaskan, kebersihan & kualiti baka yang ade di situ pun menggeramkan... Dapat juga kami berbincang serba sedikit tentang projek kambing untuk masa hadapan..




Perjalan minggu tersebut bukan setakat nie sahaja sbb kami juga sempat melawat ke kandang lembu (otai punya) berdekatan kandang kami untuk 'cuci mate' di Kg. Sg. Lang yang dianggarkan berkapasiti 200 ekor brahman + KK...





Selepas nie akan kami updatekan tentang silaj Batang jagung/napier & tawaran baka kampung kami... Insyaallah kami akan cuba menyediakan stok jualan baka kampung/kacukan bagi meraka yang berminat dengan harga yang 'paling patut'... Bagi pihak2 @ kawan2 yg berminat tu boleh la contact @ datang melawat ke farm kami untuk melihat sendiri (kami sedia menjual dgn budi bicara)...

Sekian