Tuesday, April 29, 2008

INFOMASI KAMBING BOER


BOER FULL BLOOD(FB)
Ini adalah generasi kambing boer yang dibawa daripada Afrika Selatan.Badan tegap, kaki tegap, kaki depan lebih panjang sedikit daripada kaki belakang, ekor melentik, warna kambing boer tulen keseluruhan kemerah-merahan @ hitam. Namun begitu, setelah dibuat pembacaan terperinci,FB juga terdapat dalam pelbagai warna & struktur fizikal.Agak sukar untuk menentukan kambing boer yang asal. Oleh itu, penternak dinasihatkan supaya mengenalpasti boer FB berdasarkan sijil kelahirannya. Sila lihat jenis-jenis boer FB di SINI dan SINI



FERAL
Kambing liar Australia.Petani di sana menangkapnya sekitar hutan & menjualnya ke seluruh dunia terutamanya Malaysia.Di Indonesia, mereka juga memanggil kambing ini sebagai kambing Kachang kerana ia telah lama dibawa masuk ke Indonesia & bercampur-gaul dengan kambing tempatan.Namun,kambing ini di Indonesia tidak berbulu lebat membezakannya dengan Feral Australia.


BOER F1
Boer FB jantan yang dikacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih menghasilkan boer F1. Berwarna putih keseluruhan & bentuk badan masih bercirikan feral.


BOER F2
Boer FB dikacukkan dengan boer F1 menghasilkan boer F2.Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya.Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.


BOER F3
Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2.Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan.Bentuk badan menyerupai kambing boer FB.Kualitinya
sangat baik & banyak dibawa masuk ke Malaysia.


BOER F4
Begitu juga boer F4.Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3.Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3.Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan & kehitam-hitaman, bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.


BOER PUREBRED
Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen boer yang kuat.Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebred hampir sama dengan boer FB.Cuma terdapat tompok-tompok putih @ tompok-tompok coklat dibadannya.Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan.Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka(pejantan)


Bukan hanya sijil kelahiran boer yang menjadi pengesahan & bukti ketulenan boer tetapi ilmu juga penting supaya kita tidak tertipu, jadi berhati-hati dalam memilih yang berkualiti.Ini hanya kajian daripada pembacaan & pengetahuan yang saya terima daripada para penternak yang saya jumpa.Sila beri nasihat @ pembetulan jika terdapat kesilapan.Untuk maklumat tambahan sila klik di sini.

Guide to cross bred percentages.
What does F1, F2 etc mean?

F1 = ½ or 50% (50% Boer genetics and 50% *Rangeland)
F2 = ¾ or 75%
F3 = 7/8 or 87.5%
F4 = 15/16 or 93.75%
F5 = 31/32 or 96.88%
F6 = 63/64 or 98.84%
F7 = 127/128 or 99.22%
F8 = 255/256 or 99.61%
F9 = 511/512 or 99.80%
F10 = 1023/1024 or 99.90%
F11 = 2047/2048 or 99.95%

So, skang nie persoalannye...
Berapakah penternak yg mampu membeli baka2 ini sedangkan semakin hari semakin melambung harga baka nie? walaupun penternak nie penuh dgn ilmu & pengalaman tetapi dengan kuasa membeli yang ade kat luar tu merubah segalanya? pikirkan...
Adakah penternak moden nie hanya kerana suka2 @ koleksi @ pun memang kerana minat?
Banyak orang lama yang aku jumpa cakap macam tu, walaupun dengan cara tradisional tetapi tetap bertahan... Nak macam mane lagi kan.... Kene lak skang nie harga pallet pun macam nak semelih penternak! zassss betul la... Banyak lagi masalah yang belum terungkai....