Wednesday, July 9, 2008

Update 29/06/2008

Salam Suma...

Lama x update blog nie & mungkin ramai yg tertanya mane pi tuan blog nie! Kami masih bertungkus-lumus untuk menyiapkan prasarana sebaik mungkin dari segi pemakanan, kandang, kesihatan, induk baru & terkini sumber makanan! Al-maklumlah dgn budget dari poket nie yg tak seberapa kene la guna dengan sebaik mungkin bagi yg perlu jer. Nasib baik la adik & ayah sama2 membantu untuk lihat perubahan pada projek nie..
Kalu la wat sambil lewa jer nanti x ade la improvement namenye...

Pada 28/06/2008 kami telah menerima beberapa penghuni baru sebanyak 25 ekor dari baka Boer F1/F2 & F3/F4 serta kacukan kampung bagi tujuan pembiakan! Jangan terkejut kalu kami katakan mendapat baka ini semua mcm durian runtuh tapi kene la rajin runner baru leh dapat harga serendah nie & kalu nak banding dgn import tu tak bleh tahan... Kami ambil keputusan untuk mencari 'local breed' dulu & kami telah berjaya...





Dalam pada kami sibuk pada hujung minggu tersebut, sempat la kami melawat ke kandang Tuan Hj Masiyon di Port Dickson... Sempat gak la sebat 2 ekor untuk di bawa pulang ke 'banglo' baru kat banting! Persekitaran memuaskan, kebersihan & kualiti baka yang ade di situ pun menggeramkan... Dapat juga kami berbincang serba sedikit tentang projek kambing untuk masa hadapan..




Perjalan minggu tersebut bukan setakat nie sahaja sbb kami juga sempat melawat ke kandang lembu (otai punya) berdekatan kandang kami untuk 'cuci mate' di Kg. Sg. Lang yang dianggarkan berkapasiti 200 ekor brahman + KK...





Selepas nie akan kami updatekan tentang silaj Batang jagung/napier & tawaran baka kampung kami... Insyaallah kami akan cuba menyediakan stok jualan baka kampung/kacukan bagi meraka yang berminat dengan harga yang 'paling patut'... Bagi pihak2 @ kawan2 yg berminat tu boleh la contact @ datang melawat ke farm kami untuk melihat sendiri (kami sedia menjual dgn budi bicara)...

Sekian