Tuesday, April 21, 2009

KAMI MAHU PENUBUHAN PPKM UNTUK SEMUA..



Jangan ditanya;
Apa yang persatuan akan sumbangkan kepada kita.
Tanyalah diri sendiri;
Apakah yang kita boleh sumbangkan kepada persatuan (semua orang).
Inilah iltizam yang kami pegang untuk merialisasikan Persatuan Penternak kambing Malaysia (PPKM). Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan, kami tetap teruskan aspirasi semua penternak kambing Malaysia. Kini, jawatankuasa penaja telah dibentuk (sila rujuk), dan PPKM akan bergerak terus mematahkan segala halangan.Saya berharap saudara semua optimis dengan gagasan ini. Kini, kami telah menerima hampir 1000 penyertaan dari seluruh pelusuk negara. Suara kita kuat, dengan ahli yang seramai ini. Pasti!!
Dialog suci seorang sahabat:-
"Oiiitt bro, orang tanam lengkuas pun ada persatuan kebangsaan tau...! apasal orang ternak kambing, persatuan kecik-kecik. Tuuu... Dasar Kambing Negara sapa nak junjung!!!"
Nordin & Prof yang gigih merialisasi PPKM walaupun menerima pelbagai kritikan.
Orang-orang kuat dibelakang penubuhan PPKM dengan wawasan yang sama. Jawatankuasa Penaja sudah dibentuk, mari kita sama-sama bekerjasama agar para penternak tidak terpinggir kemudian hari nanti terutamanya penternak kecil macam saya.
Oleh yang demikian, saya terpanggil untuk bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain mahu melihat PPKM ini wujud tanpa perlu dilengah-lengahkan lagi..
"Untuk menggerakkan sebuah kapal yang besar bersama armadanya, perlukan bot penunda kuat yang kecil peringkat awalnya.."